Tarikh :22 Disember 2024 (AHAD)
Masa :1000-1100
Tempat : Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (ICU JPM)
PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan bersama PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (ICU JPM).
Dalam pertemuan ini YS Pengarah dan Timbalan Pengarah telah disambut oleh Haji Jasri Bin Kasim, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (ICU JPM) di pejabat beliau. Antara fokus utama yang dibincangkan dalam sesi kunjungan hormat ini ialah mempereratkan hubungan diantara agensi serta perbincangan program berkaitan pascabanjir sesuai dengan peranan ICU JPM antara agensi utama Program Pembasmian Kemiskinan di Malaysia.
Sekian, terima kasih
Unit Perhubungan Awam Negeri, JBPM KELANTAN




