PROGRAM LATIHAN PENYESUAIAN DAN PEMANTAPAN PEGAWAI-PEGAWAI BOMBA GRED KB19 – BBP TOK BALI

Ahad (21.08.2022);

Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah mengadakan Program Lawatan Penyesuaian Dan Pemantapan Pegawai-Pegawai Bomba Gred KB19 Baharu melalui lawatan Ke Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali , Kelantan. Aktiviti berkenaan  diketuai  oleh PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan.  Program tersebut  melibatkan 14 orang Pegawai Bomba Gred KB19 Baharu . Penyelaras Program PgKB Alam Nasut binti Ilias, Bahagian Latihan JBPM N.Kelantan dan oleh PBTII Zulhilmi bin Baharudin Bahagian Latihan JBPM N.Kelantan, serta Pegawai-pegawai yang dilantik sebagai Jurulatih . Penerangan berkaitan profile Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali disampaikan oleh PBT II Che Azrul, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali. Turut serta Pegawai-pegawai Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan.

English EN Malay MS
Skip to content