Ahad (21.08.2022);
Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah mengadakan Program Lawatan Penyesuaian Dan Pemantapan Pegawai-Pegawai Bomba Gred KB19 Baharu melalui lawatan Ke Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Kelantan. Aktiviti berkenaan diketuai oleh PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan. Program tersebut melibatkan 14 orang Pegawai Bomba Gred KB19 Baharu . Penyelaras Program PgKB Alam Nasut binti Ilias, Bahagian Latihan JBPM N.Kelantan dan oleh PBTII Zulhilmi bin Baharudin Bahagian Latihan JBPM N.Kelantan, serta Pegawai-pegawai yang dilantik sebagai Jurulatih . Penerangan berkaitan profile Balai Bomba dan Penyelamat Bachok disampaikan oleh PPgB Yusheary Mahmud,Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok. Antara lain tujuan lawatan adalah untuk memperkenalkan Pusat Kecemerlangan Latihan Negeri JBPM Negeri Kelantan Dan memberi pendedahan berkaitan pengendalian pengurusan Majlis Di Balai. Turut serta dalam program ini, Pegawai-pegawai Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan.
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN
JBPM NEGERI KELANTAN