YS PPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan dalam temubual Selamat Pagi Malaysia untuk siaran di TV 1, berkaitan perkembangan terkini penglibatan JBPM Negeri Kelantan dalam membantu kerajaan melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada Khamis(15 Julai 2021)untuk siaran pada Sabtu(17 Julai 2021 jam 8.00 -9.00 pagi). Dalam temubual bersama Puan Majidah binti Ismail, Penerbit Rancangan RTM Kelantan yang berlangsung di Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung, YS Pengarah mengeluarkan kenyataan mengenai Mobile Vaksinasi bas jabatan yang sedang beroperasi di negeri Kelantan. Turut hadir adalah PgKB II Mohd Wildan bin Azhari, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Kelantan.