YS PPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan hadir dalam program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK), PPV bergerak sebuah bas jabatan berlangsung di perkarangan Masjid Kusial Bharu, Tanah Merah Kelantan pada Rabu( 14 Julai 2021) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Program Mobile Covid-19 ini bertujuan memudahkan pemberian vaksin kepada penerima vaksin dan masyarakat setempat bermula pada 13 hingga 15 Julai 2021. Pemberian vaksin dianggarkan 200 orang setiap hari bermula jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Turut hadir, adalah YBhg. Dato’ Dr. Zaini bin Hussin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, YBrs. Tuan Mohammad Yusoff bin Hassan, Ketua Jajahan Tanah Merah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Ketua Zon Machang, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah serta pasukan bertugas di lokasi mengikut SOP yang telah ditetapkan.