PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN, HAFAZAN, AZAN, NASYID DAN QASIDAH PIALA YS PENGARAH JBPM NEGERI KELANTAN TAHUN 2023

Tarikh : 28 Mac 2023 ( Selasa )

Tempat : Dewan Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan, Ibu Pejabat JBPM Kelantan

Masa  : 5.00 petang

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin Pengarah JBPM Negeri Kelantan, hadir menyaksikan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Tilawah Al- Quran, Hafazan, Azan, Nasyid dan Qasidah Piala YS Pengarah JBPM Negeri Kelantan Tahun 2023. Majlis dimulai dengan ucapan Perasmian Penutup YS Pengarah dan penyampaian hadiah kepada semua pemenang bagi kategori yang dipertandingkan. Selepas itu, YS Pengarah telah menyampaikan sumbangan Bantuan Kebajikan ( Bencana Alam ) kepada Pegawai Bomba yang terkesan bencana banjir. Akhir sekali YS Pengarah telah menyampaikan cenderahati kepada Panel Hakim yg terlibat.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah PgKB I Anwar bin Abu Bakar Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan serta semua Ketua Bahagian, Zon dan Balai.

English EN Malay MS
Skip to content