YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan Pelancaran Majlis Keselamatan Aktiviti Air ( MKAA ) Tahun 2023 Peringkat Negeri Kelantan. Di awal ketibaan YB Menteri telah membuat pemeriksaan Perbarisan Kawalan Suku JBPM Negeri Kelantan pada masa sama YB Menteri disambut oleh Pasukan Kelab 3K Negeri Kelantan. Dalam ucapan YB Menteri telah menyatakan kempen kesedaran ini merupakan satu platform dalam menyebarkan informasi dan meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan belia dan pelajar-pelajar supaya sentiasa peka dan mengingati kepentingan keselamatan terutama melibatkan aktiviti di air. Majlis turut dihadiri oleh YBhg Datuk M Noor Azman b. Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan ( KPKT ), YBhg Datuk Saidatu Akhma Binti Hassan Timbalan Ketua Setiausaha ( Perancangan dan Persekitaran Mampan ) Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan ( KPKT ), YAS Dato’ Edwin Galan Teruki, Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi ) JBPM, YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan dan YS Azmi b. Sadon, Pengarah Korporat JBPM.
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN