PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL PEMANTAPAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM ( EKSA ) JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KELANTAN

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, menyampaikan ucapan Perasmian Penutupan Bengkel Pemantapan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan pada Rabu(16 Mac 2022),yang diadakan di Dewan utama JBPM Negeri Kelantan. Seawal majlis, PKPgB Zaidi bin Ahtan, Fasilitator EKSA yang terlatih dari JBPM Negeri Selangor menyampaikan ucapan pengulungan kepada peserta bengkel yang hadir. Bengkel tersebut dilaksanakan bermula 15 hingga 16 Mac 2022, bertujuan memperluaskan pelaksanaan di Bahgian-bahagian, Zon dan Balai-balai bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif serta menyemarakkan aktiviti kreatif dan inovasi selaras dengan tuntutan jabatan.

English EN Malay MS
Skip to content