BANTUAN/SUMBANGAN DAN BARANG KEPERLUAN HARIAN KEPADA ANGGOTA BOMBA YANG TERJEJAS BANJIR

YS PPjB Jainal @Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, menyampaikan cek bantuan/sumbangan dan barang keperluan harian kepada anggota bomba yang terjejas banjir Monsun Timur Laut 2021 pada Rabu(16 Mac 2022) di Dewan Utama JBPM Negeri Kelantan. Sumbangan tersebut dari Persatuan Kebajikan JBPM dan Sumbangan Bantuan Ihsan dari pegawai dan anggota JBPM, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan dan Badan Korporat. Pegawai yang menerima sumbangan tersebut menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih diatas sumbangan tersebut. Hadir sama adalah PgB Suhaimi bin Mahmood, Setiausaha Persatuan Kebajikan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Zon serta pegawai jabatan.

English EN Malay MS
Skip to content