PERASMIAN PENUTUP MAJLIS PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN, HAFAZAN, AZAN DAN QASIDAH

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, menyampaikan ucapan Perasmian Penutup Majlis Pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan, Azan dan Qasidah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan pada Isnin(4 April 2022) yang dilangsungkan di Dewan Utama JBPM Negeri Kelantan. Penyertaan terdiri dari Bahagian-bahagian, Zon dan Balai-balai. Seawal Majlis Tuan Haji Wan Rahim bin Wan Yusoff, Ketua Juri turut memberi kesimpulan  berkaitan pertandingan kepada peserta pertandingan. Turut menjadi juri undangan adalah Tuan Haji Aziz bin Muhamad. Hadir sama adalah Ketua-ketua Bahagian, Ketua Zon dan Ketua-ketua Balai. YS Pengarah turut menyampaikan sumbangan ramadan kepada penuntut pusat pengajian pondok tahfiz sebelum majlis berbuka puasa.

English EN Malay MS
Skip to content