PROGRAM KESELAMATAN KEBAKARAN YANG DILANGSUNG DI BAZAR RAMADAN, STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV, KOTA BHARU KELANTAN

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan menyampaikan ucapan ringkas dalam Program Keselamatan Kebakaran yang dilangsung di Bazar Ramadan, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan pada Isnin(11 April 2022). YS Pengarah menyampaikan Alat Pemadam Api untuk ditempatkan di Bazar Ramadan sebagai “ Fire Post ” kepada YBrs. Puan Wan Nora binti Wan Ahmad, Pengarah Fama Negeri Kelantan, merupakan urusetia Bazar Ramadan tersebut. YS Pengarah turut menyampai dan memakaikan apron kepada pemilik gerai di bazar ramadan tersebut. Turut hadir menyokong kempen tersebut adalah PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, Bahagian Operasi, Ketua Zon Kota Bharu, Ketua Balai Kota Bharu, Ketua Balai Kota Darulnaim, serta pegawai JBPM Negeri Kelantan.

English EN Malay MS
Skip to content