PEMANTAUAN DAN TINJAUAN BERSAMA MEDIA ( TV3 ) SERTA LAWATAN MANGSA BANJIR DI PPS SK TOK DEH RANTAU PANJANG

Tarikh : ( 14 Disember 2022) Rabu

Tempat : Kg Banggol Ubi Keling, Kg Masjid Licin, Kg Tok Deh Rantau Panjang

Masa  : 10.15 Pg.

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin Pengarah JBPM Negeri Kelantan, hadir di Kg Banggol Ubi Keling, Kg Masjid Licin dan Kg Tok Deh untuk tinjauan banjir bersama Pasukan Media TV3 yang membuat liputan di sekitar kawasan terjejas banjir di Rantau Panjang. Dalam tinjauan tersebut Pasukan SMART TEAM juga terlibat dalam memastikan mangsa banjir berada dalam keadaan selamat. YS Pengarah juga sempat membuat lawatan ke PPS SK Tok Deh untuk melihat dan memberi motivasi kepada mangsa banjir. Turut hadir PPgB Shapawi bin Setapa Ketua Balai BBP Rantau Panjang, Ketua Zon 1 dan Pegawai Operasi Negeri.

English EN Malay MS
Skip to content