Tarikh : ( 11 Disember 2022 ) Ahad
Tempat : Kg Kusar dan PPS Gual Periok
Masa : 2.15 Ptg.
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin Pengarah JBPM Negeri Kelantan, hadir di Kg Kusar untuk pemantauan banjir dan turut serta dalam operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir ke PPS Gual Periok. Anggota Bomba yang terlibat dalam operasi ini ialah daripada BBP Kota Bharu, BBP Pengkalan Chepa dan BBP Pengkalan Kubor. Mangsa yang terkesan banjir seramai 20 orang yang melibatkan 4 keluarga. Sejurus selepas itu YS Pengarah melawat PPS Sek.Keb.Gual Periok untuk melihat sendiri suasana dan keadaan mangsa banjir di PPS.