PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN DAN OPS RONDAAN SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2023

Tarikh : ( 20 Januari 2023 ) Jumaat
Tempat : AEON MALL KOTA BHARU
Masa : 3.30 Ptg.

PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan hadir ke Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran dan Ops Rondaan Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2023. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memastikan tahap keselamatan Kebakaran di premis berada ditahap yang terbaik. Program dimulakan dengan pertandingan mewarna yang disertai oleh 40 orang peserta dan seterusnya Pelancaran Ops Rondaan di perkarangan Aeon Mall. Turut hadir En. Ahmad Afnan b. Mohd Yusoff Pengurus Aeon Mall Kota Bharu dan juga PgKB II Zamri b. Mohamad Yusob Penolong Pengarah BKK selaku hos program.

English EN Malay MS
Skip to content