Kunjungan Hormat Ke Pejabat Kerajaan Negeri Kelantan ( SUK )

Tarikh : 18/1/2023 ( Rabu )
Masa : 09.00 Pagi

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat kepada YM Dato’ Tuan Zainal Abidin bin Tuan Yusuf, Timbalan Setiausaha ( Pengurusan ) Kerajaan Negeri Kelantan. Dalam pertemuan tersebut YS Pengarah telah membincangkan beberapa perkara antaranya tentang kerjasama khususnya dalam Operasi Banjir ( MTL ), penyelarasan aset dan logistik antara JBPM dan Kerajaan Negeri. Dalam pertemuan tersebut kedua-dua pihak bersetuju memberi kerjasama dalam memastikan setiap program yang dirancang bersama akan dilaksanakan sehingga mendapat input yang terbaik. JBPM Negeri Kelantan sentiasa komited dan akan memberikan kerjasama yang penuh kepada Kerajaan Negeri Kelantan dalam menjalankan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan di Negeri Kelantan.

English EN Malay MS
Skip to content