MAJLIS PERBARISAN TAHUNAN, TAHUN 2022

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan,memeriksa Perbarisan Kehormat, dalam Majlis Perbarisan Tahunan, Tahun 2022, yang dilangsungkan di Dataran Doto’ Haji Soiman, JBPM Negeri Kelantan pada Rabu ( 26 Januari 2022). YS Pengarah turut menyampaikan ucapan dan membaca teks ucapan YAS Ketua Pengarah JBPM, di Dewan Utama JBPM Negeri Kelantan. Pengisian program adalah penyampaian sijil penghargaan kepada pesara-pesara jabatan,penyampaian sumbangan kebajikan, penyampaian hadiah PESKEB  acara sukan, dan sumbangan kepada anggota yang terkesan banjir. Turut hadir adalah Pegawai-pegawai Kanan jabatan,Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Zon, Ketua-ketua balai, Kakitangan Gunasama, Pasukan Bomba Sukarela, serta anggota .

ms_MYMalay