YS PPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan berlintas langsung dalam Selamat Pagi Malaysia di TV 1, berkaitan Kesiapsiagaan JBPM Negeri Kelantan Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2022 pada Ahad(30 Januari 2022), jam 9.38 pagi. Dalam temubual bersama Puan Majidah binti Ismail, Penerbit Rancangan RTM Kelantan yang berlangsung di jalan Utama Kota Bharu-Kuala Krai. Turut hadir adalah PgKB II Mohd Wildan bin Azhari, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Kelantan dan Unit RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu.