Tarikh : 25 Jun 2024 ( Selasa )
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Al Ghazali, Politeknik Kota Bharu, Kelantan
YAS Dato’ Ir.Ts. Ahmad Izram bin Osman telah hadir merasmikan Program Pemantapan Kepimpinan Ketua Zon dan Ketua Balai & Konvensyen Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Zon Pantai Timur Tahun 2024. Atur cara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan. Program kali ini sedikit berbeza kerana menggabungkan dua program dalam satu masa yang juga diadakan buat juling kalinya di Negeri Kelantan. Atur cara yang kemuncak adalah ucapan perasmian oleh YAS Dato’ Ir.Ts.Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Majlis berakhir dengan sesi bergambar, sidang media dan jamuan.