Tarikh : 4 Jun 2024 ( Selasa )
Masa : 3.00 petang
Tempat : Politeknik Kota Bharu Kelantan
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah mengadakan Lawatan Kerja ke Politeknik Kota Bharu Kelantan bagi menyelaraskan Program Pemantapan Ketua Zon dan Ketua Balai Peringkat Kebangsaan serta Konvensyen Pasukan Bomba Sukarela Peringkat Zon Pantai Timur Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Hasil perbincangan bersama Gs Sr Haji Mohd Fikri bin Ismail Pengarah, Politeknik Kota Bharu Kelantan telah memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan program jabatan. Turut serta dalam lawatan ini PgKB II Mohd Wildan Bin Azhari Penolong Pengarah, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, PgKB II Zamri Bin Mohamad Yusob Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, PgKB II Mohd Fadhlizil Ikram bin Ahmad Pauzi Penolong Pengarah, Bahagian Penyiasatan Kebakaran dan pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan.
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN