Tarikh : 12/5/2025 ( ISNIN )
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Jeti Sungai Tok Uban, Pasir Mas Kelantan
PPjB Ts Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan hadir bagi Majlis Perasmian Pertandingan Kayuh Perahu oleh YB Zamakshari Bin Mohamad, EXCO Belia, Sukan, NGO & Perpaduan Masyarakat. Pertandingan melibatkan 12 Buah Perahu dalam Kategori Terbuka. Pasukan Perahu JBPM Kelantan telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan dengan membawa balik sejumlah Wang tunai Dan hamper. Bagi menyumpurnakan Majlis YS Pengarah turut menyampaikan hadiah bagi cabutan bertuah kepada Masyarakat setempat. Hadir sama Penolong Pengarah Operasi(PPON) JBPM Kelantan, Ketua BBP Pasir Puteh(Pengurus bg team Perahu JBPM Kelantan), DO Pasir Mas, Pengurus Wilayah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Pasir Mas, Pengarah Kemas Kelantan, Wakil Angkasa, & Wakil OCPD.

















