Tarikh : 11 Mei 2025 (Ahad)
Masa : 1030 – 1130
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama
PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari Persatuan Pesara Bomba Negeri Kelantan. Encik Abdul Manaf Bin Jaafar selaku Pengerusi persatuan bersama pesara pesara Bomba telah hadir dalam sesi tersebut.
Kunjungan hormat yang diadakan buat julung kali ini bertujuan untuk memaklumkan serta menghebahkan mengenai Persatuan Pesara Bomba Negeri Kelantan yang boleh disertai oleh pesara bomba serta menawarkan pelbagai kelebihan dari segi Kebajikan dan manfaat yang akan diperolehi kelak. Selain itu pelbagai perkara telah dibincangkan termasuklah program-program yang boleh dijalankan bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan
Turut sama hadir ialah PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan bersama Penolong-Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Menyelamat, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Bahagian Latihan Negeri dan Bahagian Pengurusan.








