Tempat: Dewan Dato’ Sri Ts Mohammad Hamdan, Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan
Tarikh: 03 Feb 2023 ( Khamis )
Masa: 10.00 pagi
Majlis Penyerahan Kenderaan LucutHak KPDN Negeri Kelantan Kepada JBPM Negeri Kelantan telah diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan. Program tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup. Turut hadir dalam majlis tersebut, YS PPjB Jainal@Zainal Bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, Pengurusan tertinggi KPDN serta Pengarah Kolej Vokasional Pengkalan Chepa.
Majlis bermula dengan ucapan YB Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub diiringi dengan penyampaian cenderahati penghargaan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Kolej Vokasional Pengkalan Chepa kepada YB Menteri. Majlis diserikan lagi dengan Gimik Penyerahan Replika Kenderaan oleh YB Menteri kepada YS Pengarah JBPM Negeri Kelantan serta Pengarah Kolej Vokasional sebagai tanda simbolik program seterusnya berakhir dengan sesi bergambar bersama YB Menteri.