MAJLIS APRESIASI BERSAMA MEDIA DAN JASAMU DIKENANG

Tempat: Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana

Tarikh: 26 Feb 2023 ( Ahad )

Masa: 3.00 Ptg

Majlis Apresiasi Bomba Bersama Media dan Jasamu Dikenang telah diadakan di Hotel Perdana Kota Bharu yang telah dihadiri oleh Pengamal Media Negeri Kelantan. Majlis dimulakan dengan ucapan YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan dan seterusnya ucapan Pn. Majidah Binti Ismail, Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim ( KEMUDI ). Majlis telah diserikan lagi dengan majlis Jasamu Dikenang iaitu meraikan Pegawai Kanan JBPM Negeri Kelantan yang telah dinaikkan pangkat dan Pegawai yang dapat bertukar tempat bertugas. YS Pengarah turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua Pengamal Media yang telah hadir. Penyampaian cenderamata turut disampaikan kepada pegawai yang diraikan.

English EN Malay MS
Skip to content