Tarikh : 4 April 2024 ( Khamis )
Masa : 3.30 petang
Tempat : Mydin Mall Tunjung Kota Bharu
MAJLIS PELANCARAN OPS SIAGA BOMBA RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024
YB Hilmi b. Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Ops Siaga Raya Aidilfitri Tahun 2024 Peringkat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan yang diadakan Mydin Mall Tunjung Kota Bharu hari ini.
Ops Siaga Raya Aidilfitri ini dilaksanakan untuk menyusun strategi awal bagi persediaan dan kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk menghadapi insiden-insiden kecemasan yang dijangka berlaku sepanjang musim perayaan Aidilfitri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.
YB Hilmi b. Abdullah ketika berucap merasmikan majlis berkata, program kesedaran awam seumpama ini adalah satu platform terbaik untuk tujuan pendidikan, penguatkuasaan, pencegahan dan pemantauan dalam aspek keselamatan terutama ketika musim perayaan. Turut hadir YS PPjB Jainal@Zainal b. Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, PgKB I Anwar b. Abu Bakar, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan, Penolong- Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon dan Ketua Balai.
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN 461a145b 296d 4733 a1ec 6a1e346c8960 JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN