Tarikh : 6 April 2024 ( Sabtu )
Masa : 6.30 Petang
Tempat : Masjid Ar-Rahman Pauh Lima, Kota Bharu
PgKB II Mohd Wildan b. Azhari, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Kelantan telah hadir ke Majlis Berbuka Puasa anjuran Majlis Orang-Orang Besar Diraja Kelantan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Tahun 1445H/2024M.