LAWATAN DAN PEMANTAUAN BALAI YS PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) NEGERI KELANTAN KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BACHOK
Tarikh: 14/08/2021
Hari : Sabtu
Masa : 1425
Tempat: BBP Bachok
YS PPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan diiringi oleh PBK I Zaimi bin Samad membuat lawatan dan pemantauan balai ke BBP Bachok. Kehadiran YS Pengarah disambut oleh PBK II Azman bin Mohamed Ghani penyelia pasukan C bersama anggota bertugas. YS Pengarah memberikan kata-kata semangat kepada anggota agar menjaga stamina, kesihatan dan menjalankan tugas dengan baik. Beliau juga memberi nasihat agar menjaga diri di musim Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada masa ini dan sentiasa mengamalkan norma baharu untuk mencegah dari penularan Pandemik COVID-19.
Majlis diakhiri dengan YS Pengarah menandatangani buku lawatan balai.