YS PPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, bersama pegawai jabatan mengiringi YB Datuk Hajah Zuraida binti Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di lokasi Program Mobilisasi Vaksin Komuniti di Pusat Tarbiah Kawasan Rantau Panjang- Putra, di Pasir Mas dan Kolej Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra Kota Bharu pada Ahad ( 8 Ogos 2021). Turut hadir adalah YBhg. Datuk Azhar bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha(Kesejahteraan Bandar)KPKT, YBhg. Dato’ Muhammad bin Musa Setiausaha Bahagian (Kesejahteraan Bandar) KPKT, YBhg. Dato’ Haji Noor Ihsan bin Haji Che Mat, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan. Diakhir lawatan YB Menteri, PPgB Wan Baijuri bin Wan Hasan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat,(Pegawai Agama Jabtan) memimpin bacaan doa untuk keselamatan dan keberkatan disepanjang perjalan.