Tarikh : 02 Februari 2025 (Ahad)
Masa : 1530 – 1630
Tempat : Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Tunjong
PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, JPN Kelantan.
Kunjungan hormat beliau telah disambut oleh
Dato’ Hj. Mohd Zamri Bin Hj. Abdul Aziz Pengarah Pendidikan, JPN Kelantan. Objektif kunjungan hormat pada hari ini memfokuskan kepada perbincangan dan mengeratkan hubungan diantara JBPM Kelantan dan JPN Negeri Kelantan.
Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada perbincangan mengenai Bomba Junior dan Kadet Bomba serta lain lain jenis perancangan atau kerjasama yang boleh dijalankan bersama kelak.
Turut sama hadir ialah Timbalan Pengarah JBPM Kelantan, PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan, PgKB II Nurul Alfisyahrin Bin Mhd Zaki dan PgKB II Shuhaimi Bin Mahmood, Penolong Pengarah Bahagian Latihan Negeri.









