Tarikh : 03 Februari 2025 (Isnin)
Masa : 1100- 1330
Tempat : Dewan Utama JBPM Kelantan
YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram Bin Osman (Timbalan Ketua Pengarah Operasi) JBPM telah melakukan Kunjungan Hormat ke Negeri Kelantan pada hari ini. Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan dan kemudian diteruskan dengan ucapan oleh YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram Bin Osman.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan kebajikan kepada 49 orang penerima dan 11 orang waris/balu kepada pegawai Bomba yang telah meninggal dunia. Selesai majlis tersebut YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram Bin Osman kemudian melawat BBP Tunjong bagi memastikan kesiapsiagaan balai sentiasa berada di dalam keadaan optimum pada setiap masa.
Turut sama hadir ialah Datin Batiyah Binti Bakar, Timbalan yang dipertua, merangkap Pengerusi Biro Kebajikan, (PERISMA Kebangsaan), Timbalan Pengarah JBPM Kelantan, PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak penyumbang antaranya Dato Amiludin Bin Haji Latif, Pengarah Hari-Hari Bumi Jaya Sdn Bhd, Cik Natasya Binti Badaruddin, HR Executive AITO Firework Holding Sdn Bhd Encik Mohd Hafizan Bin Zainal Abidin dari Ninety Nine Speedmart Sdn Bhd.











