Tarikh : 27 Januari 2025 (ISNIN)
Masa : 0900 – 1630
Tempat : CENTRE ATRIUM, AEON MALL KOTA BHARU
YB Hilmi Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Darul Naim merasmikan program Kempen Keselamatan Kebakaran Dan Ops Tahun Baru Cina Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan 2025 yang telah diadakan di Aeon Mall, Kota Bharu.
Majlis telah bermula seawal 9.00 pagi dengan dimulakan pertandingan mewarna kanak-kanak dan ceramah Keselamatan Kebakaran.
PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan dan PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan turut sama hadir bersama YB Hilmi Bin Abdullah dalam menyampaikan Sijil Bomba Komuniti, Penyampaian Sijil Perakuan Bomba dan Hadiah Pertandingan Mewarna.
YB Hilmi Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar turut melakukan ‘Flag Off’ perarakan jentera sebagai simbolik pelancaran Ops Rondaan Musim Perayaan tahun 2025.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan JBPM, Pemilik-pemilik premis, Airport Fire And Rescue Services Kota Bharu, Bomba Komuniti, Kelab Bomba Cilik dan pengamal media.
Terima kasih kepada pihak AEON Mall untuk lokasi penganjuran dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini.































