Tarikh : 10 Februari 2025 (Isnin)
Masa : 0900 – 1030
Tempat : Pejabat Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan
PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari Pn. Hajah Nora binti Yaacob, Pengarah PERKESO Negeri Kelantan
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform untuk membincang dan mengeratkan hubungan antara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta perancangan jenis kerjasama yang boleh dijalankan bersama kelak di masa depan.
Turut sama hadir dari pihak PERKESO ialah En. Wan Izani bin Wan Isa ,Timbalan Pengarah PERKESO Negeri Kelantan ,Puan Aimi Salwani binti Mohd Yahya ,Ketua Cawangan Penguatkuasaan dan En Hazri bin Harun
Pegawai Eksekutif Cawangan Sinergi. Manakala PgKB II Mohd Wildan Bin Azahari turut sama dalam sesi kunjung hormat pada hari ini yang berakhir pada jam 10.30 pagi
Sekian, terima kasih.



