Tarikh : 04 Februari 2025 (Selasa)
Masa : 0900 – 1100
Tempat : Dewan Utama JBPM Kelantan
Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2025 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah selesai diadakan pada pagi ini di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Kelantan yang disempurnakan oleh PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan
Majlis tahunan jabatan ini yang diadakan pada setiap awal tahun telah dihadiri oleh semua Penolong Pengarah Negeri melibatkan pegawai kanan, anggota serta warga kakitangan. Jabatan turut menjemput jabatan dan agensi luar dalam majlis ini sebagai tanda penghargaan seperti pihak Airport Fire and Rescue (AFRS) dan NGO Yayasan Raja Shamri.
Majlis telah dimulakan dengan pemeriksaan Perbarisan Kehormat oleh YS Pengarah, bacaan Ikrar dan seterusnya disambung di dalam dewan untuk acara berikutnya iaitu Tayangan Montaj Operasi Kebombaan sepanjang tahun 2024, Bacaan Teks Ucapan YAS Ketua Pengarah JBPM oleh YS Pengarah, Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Hero Bomba, Fit Firefighter, Persatuan Bomba Sukarela, NGO Yayasan Raja Shamri dan Pihak Media.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian cek sumbangan kebajikan oleh PERSKEB dan penghargaan kepada atlet Sepak Takraw.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program pada hari ini
Sekian, terima kasih






