YS PPjB Jainal @Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, menerima kunjungan hormat dari YBrs. Ustaz Hushaimi bin Hussian, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Negeri Kelantan pada Selasa( 8 Mac 2022) yang di adakan di pejabat YS Pengarah Negeri Kelantan. Dalam pertemuan tersebut, selain dapat memperkukuhkan hubungan dan menjalinkan kerjasama dapat bertukar-tukar pandangan serta perancangan program yang akan diadakan oleh JBPM Negeri Kelantan. Turut hadir adalah PPgB Wan Baijuri bin Wan Hassan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat. YS Pengarah turut menyampaikan bahan kempen kepada YBrs. Ustaz Hushaimi bin Hussian, Pegawai Khas Menteri Besar Negeri Kelantan.
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN