YS PPjB Jainal @Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, menyampaikan ucapan dalam Program Diabetes Booth Screening 2022, anjuran Pelatih Advanced Diploma in Diabetes care (ADDC) ILKKM Kubang Kerian (Kejururawatan) pada Selasa( 8 Mac 2022) yang diadakan di Dewan Utama JBPM Negeri Kelantan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Kim Ng Foo,Pemangku Pengarah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kubang Kerian (Kejururawatan). Turut hadir adalah YBrs. Puan Zunaidah binti Samsudin, Ketua Program Latihan Dalam Perkhidmatan, Ketua-ketua Bahagian, Ketua Zon serta Pegawai dan anggota JBPM Negeri Kelantan.Sejumlah 5 Booth yang disediakan untuk pemerikasan Tekanan darah, ukuran berat badan serta BMI, ukur lilit pinggan, pemeriksaan paras glukos serta penilian risiko Type 2 Diabetes Mellitus dan pameran tentang penyakit diabetes.