Tarikh : 18 Disember 2024 (Rabu)
Masa : 1400-1500
Tempat : Pejabat Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan
PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari YBrs Mejar Bersekutu (PA) Hamzah bin Rosli, General Manager H Elite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform untuk membincang Dan mengeratkan hubungan antara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan dengan pihak Hotel serta perancangan jenis kerjasama yang boleh dijalankan bersama kelak di masa depan
Turut sama hadir ke majlis tersebut ialah Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan, PgKB II Nurul Alfisyahrin Bin Mhd Zaki.
Sekian, terima kasih
Unit Perhubungan Awam Negeri
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi
#MalaysiaMADANI
#Bomba





