Tarikh : 07 Disember 2024 (Sabtu)
Masa : 0930 – 1700
Tempat : Ibupejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan, BBP Rantau Panjang dan Kawasan Tumpat, Kelantan
Yang Berhormat Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah merasmikan program tersebut yang telah disempurnakan di Bilik Gerakan Banjir Negeri, JBPM Kelantan.
Majlis telah dimulakan pada jam 0930 dan Yang Berhormat Timbalan Menteri turut diiringi oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham Bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM dan YS TPjB Hj Nordin Bin Pauzi, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Menyelamat.
PPjB Farhan Sufyan Bin Borhan, YS Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah memberikan taklimat mengenai situasi terkini perkembangan banjir di Negeri Kelantan dan seterusnya majlis diteruskan dengan sesi sidang media dan sesi bergambar.
Sesuai dengan tema ‘Turun Padang’, Yang Berhormat Timbalan Menteri Hajah Aiman Athirah Binti Sabu, kemudian bergerak ke BBP Rantau Panjang untuk meninjau sendiri situasi banjir yang melanda daerah tersebut dan bertemu dengan pegawai dan anggota dan turut menyampaikan sumbangan kepada anggota bomba yang terkesan akibat banjir
Selesai di daerah Rantau Panjang, Yang Berhormat Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu, kemudian ke daerah Tumpat bagi penyampaian sumbangan kepada mangsa dan anggota yang terlibat banjir di daerah tersebut.















