KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF HORIZON BAHARU JBPM KELANTAN

YS PPjB  Jainal @ Zainal bin Madasin  Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, menyempurnakan perasmian penutupan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baharu Kategori Primer Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan Tahun 2021 secara atas talian di Bilik Mesyuarat Utama   JBPM Negeri Kelantan. Konvensyen ini dilangsungkan pada 22 – 23 September 2021 yang melibatkan 8 kumpulan hasil gabuangan 16 buah Balai Bomba dan Penyelamat   Negeri Kelantan serta 1 kumpulan dari Pejabat Zon 2 Machang mengikut SOP yang telah ditetapkan. Turut hadir adalah, En. Chung Bung Chuan selaku Ketua Penilai KIK (jemputan) dari Politeknik Kota Bharu, PKPgB Alam Nasut binti Ilias, Panel Penilai, Penolong Pengarah Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan  JBPM Negeri Kelantan, Ketua Zon, Ketua Balai serta pegawai Balai Bomba dan Penyelamat seluruh Kelantan yang mengikuti Majlis Penutupan KIK ini secara atas talian melalui zoom meeting. Johan KIK Horizon Baharu ini telah disandang oleh Kumpulan Matahari dari BBP Kota Bharu & Kota Darul Naim,  Naib Johan Kumpulan Bersatu dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa & Bachok serta tempat Ketiga Kumpulan AGILE dari Pejabat Zon 2, Machang. Konvensyen ini telah dianjurkan oleh Bahagian Latihan JBPM Negeri Kelantan dengan jayanya.

ms_MYMalay