YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, menyampaikan Breakfast Talk kepada pegawai JBPM Negeri Kelantan yang berlangsung di Dewan Utama dan secara atas talian oleh 21 balai-balai dalam sesi Lawatan Kerja Rasmi Ke Negeri Kelantan pada Ahad(19 September 2021). Seawal majlis lawatan tersebut YAS Ketua Pengarah turut memeriksa Kawalan Kehormatan Suku di Dataran YAS Dato’ Soiman. YAS Turut memakaikan tanda pangkat kepada 7 Pegawai Bomba Tinggi II(Gred KB 26) mengikut SOP yang telah ditetapkan. Turut hadir adalah, YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan, Ketua-Ketua Zon, Ketua-ketua Balai serta Kakitangan Guna sama. Sebelum berlepas pulang doa keberangkatan di baca oleh PPgB Azhar Elmi bin Mustofar, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh.