Tarikh : 03 Disember 2024 (Selasa)
Masa : 1430 – 1700
Tempat : PPS Sekolah Menengah Ugama Arab Ismailah Binjai Manis, Pohon Buloh, Pasir Mas
Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhri Petra telah berangkat ke Pusat Pemindaham Sementara di Sekolah Menengah Ugama Arab Ismailah Binjai Manis, Pohon Buloh, Pasir Mas bagi pengurniaan Kit Bantuan Banjir kepada ketua isi rumah yang berada di PPS tersebut.
Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan turut berangkat ke 3 rumah terjejas banjir di Jalan Pohon Buloh – Meranti bagi pengurniaan Kit Bantuan Banjir dan seterusnya berangkat ke kediaman YAB Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud di Kampung Meranti.
Turut sama hadir ke majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan, PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab dan PPON, PgKB II Mohd Wildan Bin Azahari
Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan berangkat meninggalkan majlis pada jam 1645







