Pegawai Bomba Muhamad Ali bin Ibrahim, Penyelia Pasukan mengetua operasi 7 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jeli hadir ke tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran di batu 11 Lebuhraya Timur Barat melibatkan sebuah kenderaan lori trailer muatan pasir menghala dari Grik ke Jeli. Kebakaran di bahagian tayar belakang (12 biji tayar) berlaku ketika kenderaan dalam keadaan statik. Anggaran peratusan kebakaran 20%.
Tindakan Operasi:
Komander operasi membuat size-up dan mengarahkan anggota memadam kebakaran tersebut menggunakan air tangki jentera bomba untuk memadam kebakaran menggunakan 1 aliran salur bantu mula air pam jentera hingga padam sepenuhnya. Tiada kecederaan dan kehilangan jiwa dilaporkan.