YS PPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, bersama pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim menjayakan latihan TOT train of trainer di pejabat Media Kelantan iaitu Jabatan Penyiaran Kelantan, pejabat TV 3 Kelantan, Berita Harian, Harian Metro, NSTP, Harakah dan Bernama Kelantan pada Rabu(9 Jun 2021). Dalam sanitasi tersebut YS Pengarah turut menyampaikan Panduan Disinfeksi JBPM Negeri Kelantan untuk hebahan dan garis panduan untuk masyarakat melakukan pembersihan dan disinfeksi kendiri dari wabak covid-19. Turut hadir adalah, YBrs. Encik Wan Azhar bin Wan Hamat, Pengarah Jabatan Penyiaran Kelantan(RTM), YBrs. Encik Shahnun Hanif Abdullah bin Suhaimi Preseden Kelab Media Kelantan Darul Naim(KEMUDI), PgKB II Mohd Wildan bin Azhari, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, PPgB Mohd Ridzuan bin Ali,Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim.