ISTIADAT PENGURNIAAN KEHORMATAN KEBESARAN NEGERI SEMPENA PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBESARAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD YANG KE-55 TAHUN 2024

Tarikh : 29 September 2024 ( Ahad )

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Istana Balai Besar, Kota Bharu Kelantan

Bertempat di Istana Balai Besar,Kota Bharu Kelantan telah berlangsung Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan. Dalam Majlis Istiadat Pengurniaan tersebut YS TPjB Haji Nordin bin Pauzi, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dikurniakan Pingat Ahli Yang Ketiga ( Paduka ) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Setia Terbilang ( P.S.K ). Sebelum itu atur cara lain yang berlangsung ialah Istiadat Meletak Kerja dan Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan yang bermula pada jam 7.30 pagi di Padang Merdeka. Turut hadir YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan serta Penolong-Penolong Pengarah Negeri dan Pegawai-Pegawai JBPM Negeri Kelantan.

ms_MYMalay