Tarikh : 2 Oktober 2024 ( Rabu )
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Pusat Latihan Negeri, Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Kelantan
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah menyampaikan ucapan Perasmian Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan ( PBB ) JBPM Siri 3 Tahun 2024. Atur cara dimulakan dengan memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 52 pelatih yang melibatkan 3 negeri iaitu 29 pelatih dari Negeri Kelantan, 13 pelatih dari Negeri Terengganu dan 10 pelatih dari Negeri Perlis. Kursus tersebut bermula pada 22/9/2024 hingga 1/10/2024 di Balai Bomba dan Penyelamat Bachok. Turut hadir YABrs. Hj. Shamsul bin Abu Bakar, Ketua Jajahan Bachok, YS PgKB I Mohd Zaidi bin Hj. Maat, Pengarah JBPM Negeri Perlis, PgKB I Ahmad Adli bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Cawangan Pengurusan Bomba Sukarela Dan Bantuan, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Leftenan Muhaday Nithatnawadaychakul, Ketua Strategi dan Pengurusan Pejabat Pencegahan dan Mitigasi Bencana, Wilayah Narathiwat Thailand,PgKB II Muhammad Basri bin Kamarazaman, Penolong Pengarah Bahagian Operasi,JBPM Negeri Terengganu, ASP Mohd Yusrizal bin Mohd Ghazali, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Penolong Pengarah Negeri, Ketua Zon dan Ketua Balai. Majlis berakhir dengan sidang media,sesi bergambar dan jamuan.