kppa

TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) JBPM SANTUNI KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

Alor Setar, 2 September 2022 – Majlis Perasmian Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Kedah yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri di Pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Bertemakan Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera, program yang berlangsung selama tiga hari mulai 2 hingga 4 September 2022 ini menyediakan pelbagai aktiviti secara terus kepada rakyat seperti kaunter perkhidmatan pelbagai kementerian dan agensi, Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, Jualan Keluarga Malaysia dan pelbagai gerai usahawan.

Ketibaan YBhg Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini ke Khemah Pameran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah telah disambut oleh YAS Dato’ Abdul Wahab Bin Hj. Mat Yasin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Turut serta YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah serta warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah (JBPM Negeri Kedah)

Ayuh cipta masa depan lebih cerah untuk keluarga kita.

Ayuh hadir beramai-ramai!

“Kedah Sejahtera-Nikmat Untuk Semua”

English EN Malay MS
Skip to content