keluargamalaysia

TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) JBPM HADIRI PERASMIAN JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA, NEGERI KEDAH

ALOR SETAR – Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Kedah di Pekarangan Stadium Darul Aman mendapat sambutan luar biasa daripada ribuan rakyat Kedah yang dilihat membanjiri pekarangan stadium dari pagi tadi.

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia sangat terharu melihat begitu ramai Keluarga Malaysia Kedah dari pelbagai bangsa yang hadir untuk memeriahkan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di sini.

Turut hadir pada majlis perasmian kali ini ialah; YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah; YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar; YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara; dan YB Dato’ Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Kedah.

Hadir sama YAS Dato’ Abdul Wahab Bin Hj. Mat Yasin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Turut serta YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah (JBPM Negeri Kedah) serta Pegawai Kanan Jabatan.

JAKM pada kali ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera’. Pelbagai aktiviti dan perkhidmatan disediakan sepanjang program ini berlangsung seperti perkhidmatan kementerian dan agensi terus kepada rakyat, Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, Jualan Keluarga Malaysia dan jualan di gerai-gerai usahawan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah (JBPM Negeri Kedah) tidak ketinggalan turut sama menyertai program ini melalui beberapa aktiviti bertempat di khemah JBPM Negeri Kedah. Antara aktiviti itu adalah Kempen Keselamatan Kebakaran, Fire Kitchen@Food Truck Bomba, demonstrasi tatacara menggunakan alat pemadam api mudah alih serta tips-tips keselamatan kebakaran di dapur, pameran jentera bomba serta pelbagai aktiviti lain yang amat menarik minat pengunjung.

English EN Malay MS
Skip to content