herobomba

PENYERAHAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA HERO BOMBA

Alor Setar, 17 Mac 2022 – Semasa Pasangan Pengantin Baru melakukan pengambaran foto kenangan perkahwinan berdekatan Sungai Anak Bukit pada 13 Mac 2022 telah menyedari seorang kanak-kanak kelainan upaya yang tiada kemahiran untuk berenang di Sungai Anak Bukit tersebut. Dengan pantasnya Mohd Anuar, pengantin lelaki, telah terjun ke sungai tersebut bagi menyelamatkan mangsa kanak-kanak tersebut yang sedang hanyut dibawa arus sungai.

Pada harini 17 Mac 2022, YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon Pengarah JBPM Negeri Kedah bebesar hati menyampaikan Sijil Penghargaan Khas Hero Bomba kepada Mohd Anuar diatas keberanian dan tindakan beliau sebagai ‘First Responder’ operasi menyelamat tersebut. Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Khas Hero Bomba ini telah berlangsung di Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar dihadiri bersama PPjB Syufa’at bin Kamaron Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah, Ketua Zon 1 dan Ketua Balai Alor Setar.

English EN Malay MS
Skip to content