_______________________
TARIKH : 25 MAC 2022 I 22 SYAABAN 1443H
TEMPAT : TAPAK BBP PADANG MATSIRAT PULAU LANGKAWI
_______________________
Proses pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Matsirat kini sudah mencapai 65 peratus siap dan dijangka beroperasi sepenuhnya penghujung tahun 2022.
YS PKPjB Sayani Haji Saidon Pengarah JBPM Negeri Kedah bersama PPjB Syufa’at bin Kamaron Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah hadir ke tapak projek pembinaan BBP Padang Matsirat.YS Pengarah dan Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah diberi taklimat secara ringkas mengenai projek BBP Padang Matsirat oleh Wakil Jurutera Daerah Langkawi dan Wakil Kontraktor.Turut hadir bersama PKPgB Mohammad Hafed Abu Hassan Pegawai Pembangunan JBPM Negeri Kedah, PgB Mohd Fadzullah Mohd Noor Ketua Zon Langkawi.
“Kedah Sejahtera-Nikmat Untuk Semua”