12 Februari 2023
Bertempat di Pejabat Zon 3, Johor telah diadakan sesi libat urus PPjB Ts. Mohd Rizal Buang, Pemangku Pengarah JBPM Negeri Johor. Ketibaan beliau telah disambut oleh PgB Mohamed Faiz Muin Mohamed Rasidi, Pemangku Ketua Zon 3, Johor.Dalam sesi libat urus ini telah diadakan penerangan pengoperasian Zon 3, Johor. Pemangku Pengarah JBPM Negeri Johor turut menyampaikan amanat kepada Pegawai-pegawai Zon 3, Johor serta Ketua-ketua Balai yang turut hadir dalam sesi ini.