12 Feb 2023
Mesyuarat Agong PSKK Balai Bomba & Penyelamat Larkin telah diadakan bagi tahun 2023-2025 . Pemilihan AJK yang baru dan pembentangan kewangan balai telah dilaksanakan. Selain daripada itu, penyerahan baju sukan bagi anggota balai telah dibuat untuk digunapakai semasa aktiviti sukan peringkat balai dan mewakili balai untuk aktiviti luar. Penyerahan disempurnakan oleh Ketua Balai Bomba & Penyelamat Larkin , TpGB I Mohd Suhaimi B Abd Jamal.


