17 Oktober 2022
Audit pemantauan MS ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. sedang diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor. Sesi pembukaan auditan telah dihadiri oleh PPjB Ts. Mohd Rizal Buang, Pemangku Pengarah JBPM Negeri Johor serta Penolong-Penolong Pengarah Bahagian JBPM Negeri Johor. Turut bersama dalam sesi pembukaan auditan tersebut PPjB Morni Mamat, Ketua Unit Integriti JBPM serta pegawai-pegawai Unit Integriti JBPM. Sesi auditan kali ini akan dijalankan bermula 17 hingga 18 Oktober 2022 oleh 2 orang auditor SIRIM QAS Internatioanal Sdn. Bhd. iaitu Encik Azran Mohammad Ridzuan dan Encik Sethuraman Ramasamy.